Skip to main content

Rumah Terbalik Sabah

 First time berita kewujudan 'Rumah Terbalik' ni memang saya teruja tahap gaban. Yelah, selama ni kan like..tengok ada kat luar negara je. Ni dah ada kat Malaysia..nak-nak pulak ada kat negeri sendiri maunya tak teruja kan? so tanpa membuang masa, saya ngan kengkawan pun plan la  pegi.

Wah! kelassss tau...saya yang drive ye ke Tamparuli. Hehehehe! agak first time jugak la memandu sampai ke area Tamparuli..Takdelah jauh mana pun dari bandar KK. Kalau drive berkelajuan kejap-laju-kejap-perlahan seperti saya ni dalam 40minit gak la. Kalau drive maintain lajuuuuuuu..x sampai setengah jam sampai dah kut.

Masa pegi tu actually kiorang main redah je. Masing-masing tak tahu tempat sebenar. Cuma berbekalkan info yang saya baca, Rumah Terbalik ni dekat ngan SMK Tamparuli..tepi jalan. Memang senang je nak carik. Betul-betul tepi setesen minyak Shell sebelum SMK Tamparuli tu.

Sampai-sampai je memang gila-gila teruja tengok ada kete kancil terbalik duk kat garaj depan Rumah Terbalik tu.Wah!!!!! kagum. Terus menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket. Owh ye, harga tiket adalah RM18 bagi dewasa yang takde Mycard. RM10 dewasa dengan Mycard. Kanak-kanak sehingga 12 tahun RM5. Bawah 3 tahun Free.

Dapat jek tiket ingat bleh terus masuk..hehe rupanya kene tunggu turn. Tak bleh masuk sekali gus. Sekali masuk dalam 5-6 orang camtu la. Pastu ada pekerja yang akan guide kita. 

So sad to inform..xleh bawak kamera masuk dalam rumah tu. Kalau didapati amik gambar..setiap keping gambar akan didenda RM100. Makanya, kita terpaksa merakam setiap benda yang kita nampak tu kat dalam kepala. Heheh.
Owh..sebelum masuk tetamu akan diberi penghormatan untuk memukul gong 'Selamat Datang' ni...after that..sebelum masuk ke dalam rumah, kene ketuk pintu sambil bagi salam ke..hello ke..ikut lah kebiasaan masyarakat kita macamana kalau masuk rumah orang kan..

Setiap kumpulan pengunjung yang masuk ke dalam rumah ni akan diberi penerangan mengenai Rumah Terbalik ni termasuklah sejarah mengapa tertubuhnya rumah ni. Hemmm..baru ku tahu, rupanya rekabentuk rumah ni serta hiasan dalaman adalah based on true story. Rumah original yang normal memang wujud..heheh maybe somewhere in Kota Belud. Tapi cat tak sama la. Heheheh ingat nak lawat rumah dia sekali. Hiks!..

Mengikut penerangan tour guide ni, rumah ni milik pasangan berketurunan suku kaum Dusun Tindal + Sino..dan pasangan ini mempunyai seorang anak yang nakal (sekarang baru berusia 9 tahun)..tak silap, anak mereka la yang mula-mula mempunyai idea nakal mahu menterbalikkan rumah mereka..hehhe dan parents budak tu la yang further up the idea pada individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan rumah terbalik ni. Hehehehe untuk cerita lebih lengkap dan tepat, sila la datang berkunjung ke Rumah Terbalik ni. Memang dia akan ceritakan semua. Tapi memandangkan saya dah teruja tahap gaban bila masuk ke rumah, saya dah tak berapa fokus sgt dah apa yang tour guide tu cakap. Hahahahah!..em..semua perabot dalam rumah tu pun milik family tersebut.

Masuk dalam rumah ni..walau macamana pun tahap keterujaan uols...kita memaaaaang tak mampu untuk bertahan lebih daripada 15 minit di dalam tu. Malah duduk dalam tu dalam 10 minit pun memang akan mengundang pening..boleh mual rasanya. Heheheh sebab, otak kita secara automatiknya menterjemah sesuatu di luar kebiasaan kita. Banyak trick yang memaksa otak kita berfikir. Hehehheeh makanya, cepatlah nak pening. Susah untuk kita melihat hiasan dalaman yang semuanya terbalik dan tergantung tu tanpa berfikir cemana pulak jika semua tu dalam keadaan normal.

Senang cakap ah..kalau siapa berani untuk challenge diri untuk melihat sesuatu di luar kebiasaan boleh la masuk ke rumah ni. Tapi untuk yang tidak mampu menerima benda-benda di luar daripada norma..emm, better jangan pegi la. Sebab sekarang pun sudah kendengaran juga kontroversi mengenai kewujudan rumah ni like segala kepeningan yang dialami pengunjung menunjukkan rumah ni tidak bersifat environment-friendly...bla..bla..(huh!..like i care..kehkehkeh)

Tapi apapun..saya melihat kewujudan Rumah Terbalik ni sebagai satu benda baru yang...... gila cool!..heheheheh..kau memang kool la Rumah Terbalik!

Sebelum balik beli keychain untuk kenangan-kenangan. Btw, ujung bulan ni kene bawak encik somi pulak pegi sini. Uolss pegi juga tau!

p/s: Bila saya cakap mudah pening tu idak le kat situ juga ko muntah ijau..Heheheh dia macam tetiba macam something wrong sikit. Heheheh, tapi kalau dah kau kebal..memang kebal la jugak kan. Maybe tak pening la. 

Comments

Popular posts from this blog

Penyebaran Islam di Sabah

Raden winata atau mandur sarip atau BAPA SARIP adalah antara yang berjasa menyebarkan syariat islam kepada penduduk pedalaman sabah pada tahun 1920 an hingga 1930 an. Beliau yang berasal dari jawa barat telah merantau ke sabah dan bekerja sebagai mandur estate dan turut menjadi perawat cara keislaman ketika itu. Kebolehan beliau mengubat orang2 pedalaman yang terkena ilmu hitam,saka keturunan,gimbaran telah menyebabkan ramai yang tertarik untuk memeluk agama islam. Selain dari menyebar syariat islam, Pak Raden turut mengajar senibela diri kuntau dan amalan tarikat islam untuk diamalkan anak anak murid beliau. Sewaktu mengembangkan syiar islam, kehadiran Pak Raden tidak disenangi oleh pengamal2 ilmu hitam pagan dan seringkali beliau diuji tetapi berkat cahaya makrifat Allah yang dimiliki maka semuanya ditumpaskan dengan mudah malah ada yang berjumpa dengan Pak Raden meminta maaf dan berhajat memeluk agama islam. Pada satu ketika, Pak Raden pernah ditangkap dan digilis dengan lori tet...

Jalan di sabah yang tidak dipedulikan

JALAN INI DIPERCAYAI BERDA DI SABAH IATU SEKITAR KALABAKAN MENUJU KENINGAU. SEBAGAI RAKYAT SABAH KAMI MAHU JALAN INI DI BAIK PULIH DAN AMBIL SERUIS TENTANG PERKARA TERSEBUT Berikut merupakan salah satu komen orang Sabah :   Jalan yang ada pun tak terjaga kamu dah gula gula kan orang pan borneo highway..

Best Things to do in Sipadan Island Sabah Malaysia

If there is one thing Sipadan Island is chiefly known for is scuba diving. So all those people who are interested in recreational activities like snorkeling and scuba diving will be thrilled to come here. Sipadan Island is the most renowned isles of Malaysia that is known to offer the best scuba diving in all over the globe. Adventure lovers from every corner especially come here to experience the pleasure of scuba diving and Sipadan Island leaves them completely exhilarated. Altogether, Sipadan Island or Pulau Sipadan is a place quite likely of taking your breath away with its awe-inspiring views. Crystal blue water and white sandy beaches are what describes this miraculous isle. This mesmerizing island is ranked as one of the  top 10 diving spots by divers all across the world . Whereas the late Jacques Cousteau who happens to be a very popular oceanographer has claimed Sipadan Island as a beautiful piece of art that still remains untouched. Being Malaysia’s only marine i...