Skip to main content

Manusia paling tinggi (Sabah)

Kubur Misteri Tiga Segi Tulohong (Manusia Paling Tinggi?) (Kampung Namadan Kiulu)
 Kampung Namadan Kiulu
Kubur ini dikatakan sebagai tempat bersemadinya Tulohong, seorang lelaki tinggi lampai, yang dikatakan mempunyai ketinggian luar biasa sehingga mampu memetik buah bulunu dengan menggunakan tangannya. Nama Tulohong juga terkenal dengan cerita "Tukang Monoborong" (membantu menyeberangkan orang ketika sungai banjir). Dalam cerita ini dikatakan Tulohong akan 'mongondul' kemaluan perempuan-perempuan lawa yang dibantunya ke seberang sungai. Selepas itu Tulohong akan pergi ke dalam semak dan menggeselkan jarinya ke alat kemaluannya sendiri. Perempuan-perempuan itu pula akan bercakap "aramai no soborongon di Tulohong" maksudnya "seronok dibantu oleh Tulohong" kerana takut tidak dibantu menyeberang pada masa akan datang.

Kisah tentang Tulohong terkenal di serata tempat Di Sabah terutama kawasan Kudat, Kota Belud hinggalah ke Kiulu. Pertama, cerita tentang Tulohong diperturunkan secara lisan dari generasi ke generasi dikesan di kampung Minansad, Langkon. Kedua, ia juga dikesan diceritakan secara turun-temurun di kampung Tempasuk Kota Belud. Pada tahun 1991, pengarah Muzium Negeri, En Annuar Sullivan melawat kampung ini untuk mencari kubur Tulohong namun gagal. Di kampung Podos Kota Belud, selain terkenal dengan batu misteri berbentuk belimbing ayamnya, kisah Tulohong beserta dengan tugunya juga merupakan cerita yang terkenal. Di kampung Pinolobu Kota Belud, terdapat satu kubur panjang yang pada mulanya dipercayai kubur Tulohong namun akhirnya didapati bahawa kubur itu sebenarnya adalah kubur anak kepada Tulohong. Dikatakan juga terdapat bekas tapak kaki Tulohong di kampung ini namun telah hilang.

Pada 12 Februari 2014, seorang pegawai dari Muzium Sabah, En. Joseph Tadam dengan diiringi oleh bekas pegawai Daerah Tuaran, En. Ariffin Gadait dan pegawai keselamatan Kiulu, En. Tony Sikul telah melawat dan memeriksa lokasi ini. Setelah dibuat penyiasatan fizikal, kubur ini mempunyai 3 batu nisan disusun dalam bentuk 3 segi. Jarak antara batu nisan ialah: Tapak 3.55M, Tegak 4.25M dan Sendeng 5.30M, di mana arah Tegaknya tepat ke arah Utara. Saiz batu nisan: Besar (1.0M), Sederhana (0.7M) dan Kecil (batunya rebah, ditegakkan 0.4M). Menurut cerita orang di kampung ini, kubur itu dalam bentuk 3 segi kerana Tulohong dikubur secara miring mencangkung bagi menjimatkan tenaga menggali kubur. Ada juga versi mengatakan mayat Tulohong terpaksa dikerat 2 untuk mengecilkan kuburnya. Semua batu nisan itu diambil dari sungai Namadan. Sebahagian daripada batu nisan yang paling besar ( yang dipecahkan) masih dapat dikesan di sungai berdekatan.

Terdapat juga sebuah batu bulat seberat lebihkurang 100kg di kampung Sinansag Kiulu yang dikatakan sebagai penutup barait Tulohong.

Lokasi ini akan diusahakan sebagai sebuah destinasi pelancongan. Kubur ini nanti akan dibersihkan serta dipasang atap dan ruang informasi. Sehingga hari ini 13 Feb 2014, pelawat bebas melawat tempat ini tanpa dikenakan apa-apa bayaran dengan syarat menjaga kebersihan dan kesopanan menghormati roh si mati. Sebarang musibah akibat keceluparan mulut adalah tanggungjawab sendiri. Selain itu, pelawat juga terpaksa berjalan kaki sejauh 1.2KM dari hujung jalanraya. Tempat ini juga merupakan milik persendirian dan para pelawat dinasihatkan agar tidak merosakkan tanaman yang ada.( info dari blogspot)
W.ALAM

Comments

Popular posts from this blog

Penyerahan pedang Samurai sebagai tanda menyerah kalah Jepun kepada Sabah

Penyerahan pedang Samurai sebagai tanda menyerah kalah . Peristiwa ini terjadi di Keningau, yg suatu ketika dahulu pernah menjadi markas utama Jepun di Sabah. Note: KENINGAU, BRITISH NORTH BORNEO 23RD SEPTEMBER 1945. TAKING THE SWORD OF SURRENDER FROM THE SENIOR JAPANESE OFFICER AT THE KENINGAU CAMP ARE (L. TO R.) FLIGHT LIEUTENANT (ACTING SQUADRON LEADER) E.V. (VAL) WALLIKER AND MAJOR J. IRVING. 2/9TH CAVALRY COMMANDOS.

Best Things to do in Sipadan Island Sabah Malaysia

If there is one thing Sipadan Island is chiefly known for is scuba diving. So all those people who are interested in recreational activities like snorkeling and scuba diving will be thrilled to come here. Sipadan Island is the most renowned isles of Malaysia that is known to offer the best scuba diving in all over the globe. Adventure lovers from every corner especially come here to experience the pleasure of scuba diving and Sipadan Island leaves them completely exhilarated. Altogether, Sipadan Island or Pulau Sipadan is a place quite likely of taking your breath away with its awe-inspiring views. Crystal blue water and white sandy beaches are what describes this miraculous isle. This mesmerizing island is ranked as one of the  top 10 diving spots by divers all across the world . Whereas the late Jacques Cousteau who happens to be a very popular oceanographer has claimed Sipadan Island as a beautiful piece of art that still remains untouched. Being Malaysia’s only marine i...