Kubur Misteri Tiga Segi Tulohong (Manusia Paling Tinggi?) (Kampung Namadan Kiulu) Kampung Namadan Kiulu Kubur ini dikatakan sebagai tempat bersemadinya Tulohong, seorang lelaki tinggi lampai, yang dikatakan mempunyai ketinggian luar biasa sehingga mampu memetik buah bulunu dengan menggunakan tangannya. Nama Tulohong juga terkenal dengan cerita "Tukang Monoborong" (membantu menyeberangkan orang ketika sungai banjir). Dalam cerita ini dikatakan Tulohong akan 'mongondul' kemaluan perempuan-perempuan lawa yang dibantunya ke seberang sungai. Selepas itu Tulohong akan pergi ke dalam semak dan menggeselkan jarinya ke alat kemaluannya sendiri. Perempuan-perempuan itu pula akan bercakap "aramai no soborongon di Tulohong" maksudnya "seronok dibantu oleh Tulohong" kerana takut tidak dibantu menyeberang pada masa akan datang. Kisah tentang Tulohong terkenal di serata tempat Di Sabah terutama kawasan Kudat, Kota Belud hinggalah ke Kiulu. Pertama, cerita te...