Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Manusia paling tinggi (Sabah)

Kubur Misteri Tiga Segi Tulohong (Manusia Paling Tinggi?) (Kampung Namadan Kiulu)  Kampung Namadan Kiulu Kubur ini dikatakan sebagai tempat bersemadinya Tulohong, seorang lelaki tinggi lampai, yang dikatakan mempunyai ketinggian luar biasa sehingga mampu memetik buah bulunu dengan menggunakan tangannya. Nama Tulohong juga terkenal dengan cerita "Tukang Monoborong" (membantu menyeberangkan orang ketika sungai banjir). Dalam cerita ini dikatakan Tulohong akan 'mongondul' kemaluan perempuan-perempuan lawa yang dibantunya ke seberang sungai. Selepas itu Tulohong akan pergi ke dalam semak dan menggeselkan jarinya ke alat kemaluannya sendiri. Perempuan-perempuan itu pula akan bercakap "aramai no soborongon di Tulohong" maksudnya "seronok dibantu oleh Tulohong" kerana takut tidak dibantu menyeberang pada masa akan datang. Kisah tentang Tulohong terkenal di serata tempat Di Sabah terutama kawasan Kudat, Kota Belud hinggalah ke Kiulu. Pertama, cerita te...

Asal Muasal perkenalan silat

Gerak silat asalnya ilham lalu disimpan di dalam bunga dari bunga terbitnya buah perkataan silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong.Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan.Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia,Thailand,Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara...etc Asal usul Silat sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun.Ia digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan Langkasuka,Champa, Srivijaya,Beruas,Melaka,Makasar, Aceh,Majapahit,Gangga,Pattani dan kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara.Silat tidak boleh dituntut sebagai hakmilik mutlak dlm warisan sesebuah negara kerana sejarahnya meliputi keseluruhan Nusantara.Menurut bukti tinggalan sejarah  yang terdapat di Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa,dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahanka...

Penyebaran Islam di Sabah

Raden winata atau mandur sarip atau BAPA SARIP adalah antara yang berjasa menyebarkan syariat islam kepada penduduk pedalaman sabah pada tahun 1920 an hingga 1930 an. Beliau yang berasal dari jawa barat telah merantau ke sabah dan bekerja sebagai mandur estate dan turut menjadi perawat cara keislaman ketika itu. Kebolehan beliau mengubat orang2 pedalaman yang terkena ilmu hitam,saka keturunan,gimbaran telah menyebabkan ramai yang tertarik untuk memeluk agama islam. Selain dari menyebar syariat islam, Pak Raden turut mengajar senibela diri kuntau dan amalan tarikat islam untuk diamalkan anak anak murid beliau. Sewaktu mengembangkan syiar islam, kehadiran Pak Raden tidak disenangi oleh pengamal2 ilmu hitam pagan dan seringkali beliau diuji tetapi berkat cahaya makrifat Allah yang dimiliki maka semuanya ditumpaskan dengan mudah malah ada yang berjumpa dengan Pak Raden meminta maaf dan berhajat memeluk agama islam. Pada satu ketika, Pak Raden pernah ditangkap dan digilis dengan lori tet...

Haiwan Prasejarah ditemui di Sabah

INFO BHONLINE. GAJAH MENYERUPAI HAIWAN PRASEJARAH DITEMUI DI FELDA UMAS .TAWAU .SABAH. GAJAH GADING NYA KE BAWAH. TDK HAIRAN PADA SAYA KERANA KITA MEMPUNYAI HUTAN TERTUA YANG MASI TERPELIHARA...

Penyerahan pedang Samurai sebagai tanda menyerah kalah Jepun kepada Sabah

Penyerahan pedang Samurai sebagai tanda menyerah kalah . Peristiwa ini terjadi di Keningau, yg suatu ketika dahulu pernah menjadi markas utama Jepun di Sabah. Note: KENINGAU, BRITISH NORTH BORNEO 23RD SEPTEMBER 1945. TAKING THE SWORD OF SURRENDER FROM THE SENIOR JAPANESE OFFICER AT THE KENINGAU CAMP ARE (L. TO R.) FLIGHT LIEUTENANT (ACTING SQUADRON LEADER) E.V. (VAL) WALLIKER AND MAJOR J. IRVING. 2/9TH CAVALRY COMMANDOS.

Lagenda Batu Punggul

LAGENDA BATU PUNGGUL Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut.Kedua-dua buah rumah ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. sungai ini merupakan perantaraan kedua-dua buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut. Penduduk atau penghuni di kampung ini mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya. Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala. mereka percaya bahawa berhala-berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak mematuhi pantang larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut. contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi mangsa buaya apabila turun ke sungai. Penduduk ...